Nama Umur Usahawan Ahli |
: PUAN FADZILAH BINTI KAMARUDDIN : 41 TAHUN : MAKANAN (PENIAGA GERAI MAKAN) : |
Latar Belakang Usahawan
FADZILAH CORNER merupakan perniagaan menjual makanan bermasak di Kampung Simpang 4 Rungkup. Pemilik gerai ini Puan Fadzilah Binti Kamaruddin mempunyai minat mendalam dalam mengusahakan perniagaan menjual makanan sejak di bangku sekolah lagi. Ditubuhkan pada 12 December 2011, dengan berniaga kecil-kecilan sebelum dari itu dan barulah mula dengan serius ke fasa seterusnya.
Beroperasi seawal 7.30pagi sehingga jam 12.00 tengahari, pelbagai menu sarapan pagi dijual beserta kuih-muih. Rutin setiap hari bangun seawal 4.30pagi menyiapkan menu-menu untuk dijual kepada pelanggan. Berehat sebentar sehingga ke jam 5.00 petang, gerai tersebut beroperasi semula untuk minum petang sehingga jam 7.00petang. Berehat sebentar sehingga ke jam 5.00 petang, gerai tersebut beroperasi semula untuk minum petang sehingga jam 7.00petang. Agak memenatkan pada beliau, tapi adalah satu kepuasan padanya kerana itu adalah minatnya . Bersyukur mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa memberi sokongan terhadap perniagaannya sehingga ke hari ini.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Fadzilah sebelum ini hanya mempunyai asas penggunaan komputer. Walaubagaimanapun tahap penguasaan ICT saya masih perlu ditingkatkan dari segi promosi gerai makan. Tenaga pengajar banyak membantu memberi pendedahan teknik dan kaedah yang betul dan kreatif iaitu gabungan penggunaan aplikasi Internet dan juga perisian komputer. Ini seterusnya memudahkan saya menghasilkan pelbagai bahan promosi dan juga bermacam bentuk bahan persembahan perniagaan saya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Saya menghadiri banyak latihan dan bengkel yang dijalankan oleh tenaga pengajar P.I. banyak perkara tambahan mengenai penggunaan aplikasi komputer dan internet yang telah saya pelajari. Selain pelbagai tips penyediaan templat brosur dan risalah, saya turut mempelajari teknik pengiklanan kelompok menggunakan aplikasi Whatsapp.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- Mempelajari cara membuat brosur, risalah dan buku penerangan.
- Mempelajari teknik suntingan gambar dan video.
- Mempelajari teknik promosi di media sosial.
- Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- P.I. membantu mempromosikan produk dengan teknik persembahan teks ringkas bergambar.
- Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar pengisian maklumat dalam talian.
- Tenaga pengajar memberi kelas tambahan serta latihan praktikal ‘hands on’.
Nama Umur Usahawan Ahli |
: NURUL JANNATUL WARDAH BINTI AZMAN : 21 TAHUN : MAKANAN (BROWNIES COOKIES) : JULAI 2020 |
Latar Belakang Usahawan
Wardah memulakan minat membuat Brownies Cookies sejak Sept 2019. Gigih mencari resepi di internet dan cuba buat sampai betul-betul jadi. Masa mula-mula menghasilkan adunan banyak cabaran bila setiap adunan perlu mengikut sukatan supaya adunan yang dibakar elok cantik dan gebu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi terjadi eloknya brownies cookies itu adalah telur gred A, sukatan tepung yang tepat, tidak boleh terlebih mahupun terkurang. Berkongsi oven dengan ibunya Pn Yusma, bergilir-gilir untuk membakar biskut dan juga bahulu. Hampir berputus asa bagi mendapatkan adunan yang tepat, Cik Wardah mendapat sokongan ibu beliau untuk meneruskan hajatnya berniaga biskut.
Pernah menerima tempahan sehingga 40-50 botol dalam satu masa. Kebiasaannya tempoh bagi menyiapkan sesuatu tempahan mengambil 5-7 hari untuk siap. Hasil jualan sebulan lebih kurang RM500 bergantung kepada tempahan. Cik Wardah banyak promosikan produk Brownies Cookies di instagram memandangkan pelanggan lebih ramai di sana berbanding facebook. Ada juga kawan-kawan yang menjadi pelanggan, ada juga yang menjadi ejen untuk biskut keluaran Cik Wardah. Cik Wardah mempunyai impian di masa akan datang untuk membuka kedai dan mengembangkan lagi perniagaan Brownies Cookies ke seluruh Malaysia. Cik Wardah juga akan menyambung pembelajarannya dalam bidang Bahagian Perkhidmatan Makanan di UTHM Batu Pahat untuk menambahkan lagi ilmu yang diminatinya. Supaya apabila habis belajar, beliau boleh mempraktikkan apa yang di belajar nanti. Brownies Cookies Cik Wardah berharga RM18 terdapat 65 keping dalam satu balang. Harga yang pasti mampu milik.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Wardah sebelum ini hanya mempunyai asas penggunaan komputer. Walaubagaimanapun tahap penguasaan ICT saya masih perlu ditingkatkan dari segi promosi produk. Tenaga pengajar banyak membantu memberi pendedahan teknik dan kaedah yang betul dan kreatif iaitu gabungan penggunaan aplikasi Internet dan juga perisian komputer. Ini seterusnya memudahkan saya menghasilkan pelbagai bahan promosi dan juga bermacam bentuk bahan persembahan perniagaan saya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Saya menghadiri banyak latihan dan bengkel yang dijalankan oleh tenaga pengajar P.I. banyak perkara tambahan mengenai penggunaan aplikasi komputer dan internet yang telah saya pelajari. Selain pelbagai tips penyediaan templat brosur dan risalah, saya turut mempelajari teknik pengiklanan kelompok menggunakan aplikasi Whatsapp. Wardah juga turut aktif mempromosi produk menggunakan aplikasi Instagram.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- Mempelajari cara membuat brosur, risalah dan buku penerangan.
- Mempelajari teknik suntingan gambar dan video.
- Mempelajari teknik promosi di media sosial.
- Mempelajari platform E-Dagang Kedai Online Shoppee
- Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- P.I. membantu mempromosikan produk dengan teknik persembahan teks ringkas bergambar.
- Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar pengisian maklumat dalam talian.
- Tenaga pengajar memberi kelas tambahan serta latihan praktikal ‘hands on’.
Nama : Nur Mahirah Mohd Saleh
Umur : 34 TAHUN
Usahawan : Jahitan Dan Pereka Busana (Mahira Collections)
Ahli : 25 Oktober 2016
Latar belakang
Sebelum ini Nur Mahirah adalah beliwanis yang membuat kerja-kerja rencam dan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Di dalam masa yang sama menceburi bidang pembuatan kek dan pastry bersama seorang rakan usahawan.
Perniagaan jahitan ini baru diceburi beliau sejak setahun yang lalu selain turut aktif membuat dan menjual kek dan pastry secara sampingan. Beliau juga sering mengunjungi aktiviti-aktiviti bengkel dan acara anjuran Pusat Internet di sekitar Bagan Datuk.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I.
Sebelum saya menyertai kelas Asas Komputer dan Multimedia yang dijalankan di P.I.KS4R, tahap pengetahuan saya mengenai Penggunaan Internet terutama kaedah membuat persembahan kertas kerja permohonan adalah kurang. Sebagai contoh saya berasa kekok untuk melengkapkan borang dalam talian. Saya juga tidak tahu cara menggunakan aplikasi yang baik dalam menghasilkan persembahan kerja yang lebih mudah dan efisien.Tenaga pengajar membantu memberi pendedahan teknik dan kaedah yang betul gabungan penggunaan aplikasi Internet dan juga perisian komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I.
Setelah saya menghadiri banyak latihan dan bengkel yang dijalankan oleh tenaga pengajar P.I. banyak perkara tambahan mengenai penggunaan aplikasi komputer dan internet yang telah saya pelajari. Sebagai contoh, kini produk saya telah ada dipaparkan di dalam Facebook Page saya sendiri.
Pada masa ini saya juga diberi pendedahan untuk mempromosikan produk saya di dalam Modul MyShop Aplikasi Dashboard P.I. iaitu platform untuk memudahkan semua pengguna P.I. berdaftar membuat tempahan.
Saya juga kini tahu mengisi pelbagai maklumat di dalam talian untuk manfaat aktiviti perniagaan saya.
Apa yang dipelajari melalui P.I.
-Mempelajari cara membuat profil aktiviti perniagaan.
-Mempelajari teknik suntingan gambar untuk laporan bergambar.
-Mempelajari teknik kertas kerja permohonan pembiayaan.
-Membiasakan diri dengan penggunaan Aplikasi Dashboard P.I. Modul MyKomuniti dan Modul MyShop.
Bagaimana P.I. membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
-P.I. membantu mempromosikan produk dengan teknik persembahan teks ringkas bergambar.
-Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar pengisian maklumat dalam talian.
-Tenaga pengajar memberi kelas tambahan serta latihan praktikal ‘hands on’.
Nama Umur Usahawan Ahli |
: YUSMAWATI BINTI SIMPON : 48 TAHUN : MAKANAN (BAHULU TRADISIONAL) : September 2019 |
Latar Belakang Calon
Pn Yusma, mengusahakan perniagaan bahulu lebih kurang 8 tahun yang lalu iaitu pada 2012. Bermula dengan bahulu cermai asli, bahulu choc rice, bahulu pandan dan juga bahulu ikan. Sebelum ini beliau pernah membuka kedai alatulis tetapi oleh kerana suaminya kemalangan dan hilang pendapatan utama kerana tidak dapat bekerja, suaminya memberi idea untuk berniaga bahulu memandangkan bahan-bahan mentah mudah untuk didapati. Bermacam usaha yang dilakukan untuk mendapat resepi yanng sebenar dan bermacam percubaan gagal apabila cuba membuat bahulu. Sehinggalah Pn. Yusma terdetik untuk menghadiri Kursus Bakery di Jabatan Pertanian Bagan Datuk . Berjumpa dengan rakan yang sama menghadiri kursus tersebut dan sudi berkongsi resepi bahulu tersebut . Dengan mengeluarkan modal sendiri membeli oven yang besar bagi membakar dalam kuantiti yang banyak tanpa ada bantuan dari mana-mana pihak agensi Apabila berjaya menghasilkan bahulu tersebut, Pn Yusma mempromosi di media sosial dan memberi rakan-rakannya merasa bahulu buatannya. Dan bermula dari situlah perniagaan semakin berkembang . Selain menjual bahulu di pasaran tempatan, Pn Yusma juga turut membuat goodies orang kahwin. Tempahan pertama yang diterima adalah rakan baik sekolah beliau sendiri untuk majlis perkahwinan anaknya. Tempahan pertama 1000 biji, dan kemudian menambah 500 biji lagi apabila tidak cukup. Harga yang ditawarkan dalam RM1.80-2.00 bergantung kepada kotak pembungkusan bahulu tersebut.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum ini tahap pengetahuan Puan Yusma mengenai Penggunaan Internet dan gajet di dalam media sosial masih lemah.Tenaga pengajar membantu memberi pendedahan teknik dan kaedah yang betul dan kreatif iaitu gabungan penggunaan aplikasi Internet dan juga telefon pintar.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Setelah menghadiri latihan dan bengkel yang dijalankan oleh tenaga pengajar PIM banyak perkara tambahan mengenai penggunaan aplikasi komputer dan internet yang telah beliau pelajari. Sebagai contoh, kini produk saya telah ada dipaparkan di dalam album gambar media sosial facebook. Selain pelbagai tips penyediaan templat brosur dan risalah, saya turut mempelajari teknik pengiklanan kelompok menggunakan aplikasi Whatsapp. Beliau kini di dalam proses mempelbagaikan promosi perniagaan produk desa dan maklumat aktiviti Program Usahawan Online yang beliau sertai.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- Mempelajari cara membuat brosur, risalah dan buku penerangan.
- Mempelajari teknik suntingan gambar dan video.
- Mempelajari teknik promosi di media sosial.
- Mempelajari platform E-Dagang Kedai Online Shoppee
- Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- P.I. membantu mempromosikan produk dengan teknik persembahan teks ringkas bergambar.
- Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar pengisian maklumat dalam talian.
- Tenaga pengajar memberi kelas tambahan serta latihan praktikal ‘hands on’.
Nama : Marmiza Binti Mokhtar
Umur : 41 TAHUN
Ahli : 7 JULAI
LATAR BELAKANG PENGGUNA
Puan Marmiza merupakan seorang surirumah di Kampung Sungai Lanchang. Beliau merupakan pengunjung Pusat Internet Simpang 4 Rungkup sejak mendaftar pada bulan Julai 2019. Puan Marmiza kerap aktif mengikuti aktiviti promosi yang sentiasa dilaksanakan termasuk sarinngan kesihatan dan Hari Bersama komuniti. Kini beliau telah mula berminat mempelajari asas penggunaan komputer agar tidak ketinggalan sesuai dengan matlamat kewujudan kemudahan Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I.
Sebelum menyertai kelas Asas Komputer dan Multimedia yang dijalankan di PIS4R, tahap pengetahuan Puan Marmiza mengenai ICT adalah kurang. Beliau tidak mengenali perkakasan komputer dan perisian yang digunakan termasuk kaedah menaip ayat, menyunting gambar dan memasukkan gambar ke lembaran kerja atau dokumen. Sebelum ini beliau juga kurang arif bab mengenai suntingan gambar dan video, contoh perisian movie maker dan penggunaan asas kamera dslr mengikut pelbagai sudut.
Oleh itu, beliau berminat untuk belajar dalam bidang komputer yang dijalankan di PIS4R, yang melaksanakan pembelajaran ICT secara percuma kepada semua ahli berdaftar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIS4R
Setelah Puan Marmiza menghadiri Kelas/Bengkel/Latihan yang dijalankan oleh tenaga pengajar multimedia PIS4R, banyak perkara yang telah dipelajari seperti mana yang dipaparkan di sini. Antaranya pada peringkat permulaan ini beliau mempelajari cara menaip dokumen dengan format yang betul.
Pada peringkat seterusnya beliau akan didedahkan dengan teknik membuat album bergambar menggunakan perisian Microsoft Office. Beliau juga teruja untuk mempelajari teknik dan kaedah suntingan gambar dan video.
Apa yang dipelajari melalui PIS4R
-Mempelajari Asas Menaip Dokumen
-Mempelajari teknik mengubahsuai mukataip.
-Kaedah menyimpan dan membuka kembali dokumen tugasan.
-Turut mempelajari asas Aplikasi Dashboard Komuniti PI.
Bagaimana PIS4R membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
-terlebih dahulu beliau dan peserta kelas diberi teks dokumen untuk dijadikan contoh bahan kerja.
-Tenaga pengajar memberi taklimat ringkas serta latihan praktikal ‘hands on’ cara-cara yang betul menghasilkan dokumen seperti contoh yang dibekalkan oleh tenaga pengajar.
Halaman 1 dari 2