Nama : Nur Mahirah Mohd Saleh
Umur : 34 TAHUN
Usahawan : Jahitan Dan Pereka Busana (Mahira Collections)
Ahli : 25 Oktober 2016
Latar belakang
Sebelum ini Nur Mahirah adalah beliwanis yang membuat kerja-kerja rencam dan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Di dalam masa yang sama menceburi bidang pembuatan kek dan pastry bersama seorang rakan usahawan.
Perniagaan jahitan ini baru diceburi beliau sejak setahun yang lalu selain turut aktif membuat dan menjual kek dan pastry secara sampingan. Beliau juga sering mengunjungi aktiviti-aktiviti bengkel dan acara anjuran Pusat Internet di sekitar Bagan Datuk.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan P.I.
Sebelum saya menyertai kelas Asas Komputer dan Multimedia yang dijalankan di P.I.KS4R, tahap pengetahuan saya mengenai Penggunaan Internet terutama kaedah membuat persembahan kertas kerja permohonan adalah kurang. Sebagai contoh saya berasa kekok untuk melengkapkan borang dalam talian. Saya juga tidak tahu cara menggunakan aplikasi yang baik dalam menghasilkan persembahan kerja yang lebih mudah dan efisien.Tenaga pengajar membantu memberi pendedahan teknik dan kaedah yang betul gabungan penggunaan aplikasi Internet dan juga perisian komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan P.I.
Setelah saya menghadiri banyak latihan dan bengkel yang dijalankan oleh tenaga pengajar P.I. banyak perkara tambahan mengenai penggunaan aplikasi komputer dan internet yang telah saya pelajari. Sebagai contoh, kini produk saya telah ada dipaparkan di dalam Facebook Page saya sendiri.
Pada masa ini saya juga diberi pendedahan untuk mempromosikan produk saya di dalam Modul MyShop Aplikasi Dashboard P.I. iaitu platform untuk memudahkan semua pengguna P.I. berdaftar membuat tempahan.
Saya juga kini tahu mengisi pelbagai maklumat di dalam talian untuk manfaat aktiviti perniagaan saya.
Apa yang dipelajari melalui P.I.
-Mempelajari cara membuat profil aktiviti perniagaan.
-Mempelajari teknik suntingan gambar untuk laporan bergambar.
-Mempelajari teknik kertas kerja permohonan pembiayaan.
-Membiasakan diri dengan penggunaan Aplikasi Dashboard P.I. Modul MyKomuniti dan Modul MyShop.
Bagaimana P.I. membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
-P.I. membantu mempromosikan produk dengan teknik persembahan teks ringkas bergambar.
-Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar pengisian maklumat dalam talian.
-Tenaga pengajar memberi kelas tambahan serta latihan praktikal ‘hands on’.