Pengenalan

Terdapat beberapa lokasi pelancongan di sekitar Bagan Datoh. Tempat-tempat menarik yang boleh di lawati adalah persekitaran Pekan Bagan Datoh yang klasik,Jeti Bagan Datoh, Beting Beras Basah iaitu Tapak Persinggahan DiRaja Negeri Perak (melalui Kampung Sungai Ular, Bagan Datoh) dan keunikan rumah-rumah penginapan di bawah kelolaan Homestay Bagan Datoh pada gambar di bawahan.

Jeti Bagan Datoh

Jeti Bagan Datoh adalah tempat unik untuk para pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi. Para penggemar rakaman pemandangan dan pelancong berpeluang menyaksikan keindahan matahari terbenam di Jeti Bagan Datoh.

Gambar pandangan dari atas Jeti Bagan Datoh

Jeti Bagan Datoh pada waktu malam

Jeti Bagan datoh pada waktu malam para pengunjung memancing di jeti bagan datoh untuk hobi masa lapang  . Malah,  keindahan  waktu malam menarik perhatian  para pengunjung dengan  menyaksikan keindahan alam semula jadi.

Kampung Pasang Api

Kampung Pasang Api ialah tempat  para pengunjung memancing  untuk hobi masa lapang  . Malah,  keindahan  waktu pagi dan malam menarik perhatian  para pengunjung dengan  menyaksikan keindahan alam semula jadi.

 

 

Homestay

Homestay ialah tempat penginapan pelancong dan persekitaran yang menarik seperti di dalam gambar

Gambar pandangan dari atas Homestay

 

Beting Beras Basah

Jeti Beting Beras Basah adalah satu lagi tempat unik untuk menyaksikan suatu pemandangan yang jarang berlaku di dunia.

Keunikan tempat ini adalah apabila air laut surut sebahagian pantai di sini akan pejal dan para pengunjung boleh berjalan di atasnya.

Gambar pandangan dari atas Beting Beras Basah