Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

 :  YUSMAWATI BINTI SIMPON

 :  48 TAHUN

 :  MAKANAN (BAHULU TRADISIONAL)     

 :  September 2019

Latar Belakang Calon

Pn Yusma, mengusahakan perniagaan bahulu lebih kurang 8 tahun yang lalu iaitu pada 2012. Bermula dengan bahulu cermai asli, bahulu choc rice, bahulu pandan dan juga bahulu ikan. Sebelum ini beliau pernah membuka kedai alatulis tetapi oleh kerana suaminya kemalangan dan hilang pendapatan utama kerana tidak dapat bekerja, suaminya memberi idea untuk berniaga bahulu memandangkan bahan-bahan mentah mudah untuk didapati. Bermacam usaha yang dilakukan untuk mendapat resepi yanng sebenar dan bermacam percubaan gagal apabila cuba membuat bahulu. Sehinggalah Pn. Yusma terdetik untuk menghadiri Kursus Bakery di Jabatan Pertanian Bagan Datuk . Berjumpa dengan rakan yang sama menghadiri kursus tersebut dan sudi berkongsi resepi bahulu tersebut . Dengan mengeluarkan modal sendiri membeli oven yang besar bagi membakar dalam kuantiti yang banyak tanpa ada bantuan dari mana-mana pihak agensi    Apabila berjaya menghasilkan bahulu tersebut, Pn Yusma mempromosi di media sosial dan memberi rakan-rakannya merasa bahulu buatannya. Dan bermula dari situlah perniagaan semakin berkembang . Selain menjual bahulu di pasaran tempatan, Pn Yusma juga turut membuat goodies orang kahwin. Tempahan pertama yang diterima adalah rakan baik sekolah beliau sendiri untuk majlis perkahwinan anaknya. Tempahan pertama 1000 biji, dan kemudian menambah 500 biji lagi apabila tidak cukup. Harga yang ditawarkan dalam RM1.80-2.00 bergantung kepada kotak pembungkusan bahulu tersebut.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Sebelum ini tahap pengetahuan Puan Yusma mengenai Penggunaan Internet dan gajet di dalam media sosial masih lemah.Tenaga pengajar membantu memberi pendedahan teknik dan kaedah yang betul dan kreatif iaitu gabungan penggunaan aplikasi Internet dan juga telefon pintar.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah menghadiri latihan dan bengkel yang dijalankan oleh tenaga pengajar PIM banyak perkara tambahan mengenai penggunaan aplikasi komputer dan internet yang telah beliau pelajari. Sebagai contoh, kini produk saya telah ada dipaparkan di dalam album gambar media sosial facebook. Selain pelbagai tips penyediaan templat brosur dan risalah, saya turut mempelajari teknik pengiklanan kelompok menggunakan aplikasi Whatsapp. Beliau kini di dalam proses mempelbagaikan promosi perniagaan produk desa dan maklumat aktiviti Program Usahawan Online yang beliau sertai.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • Mempelajari cara membuat brosur, risalah dan buku penerangan.
  • Mempelajari teknik suntingan gambar dan video.
  • Mempelajari teknik promosi di media sosial.
  • Mempelajari platform E-Dagang Kedai Online Shoppee
  • Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
  • P.I. membantu mempromosikan produk dengan teknik persembahan teks ringkas bergambar.
  • Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar pengisian maklumat dalam talian.
  • Tenaga pengajar memberi kelas tambahan serta latihan praktikal ‘hands on’.

 

 http://kgsimpang4.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto/445-kisah-kejayaan-q3-2020-usahawan-puan-yusma