Nama Umur Usahawan Ahli |
: PUAN FADZILAH BINTI KAMARUDDIN : 41 TAHUN : MAKANAN (PENIAGA GERAI MAKAN) : |
Latar Belakang Usahawan
FADZILAH CORNER merupakan perniagaan menjual makanan bermasak di Kampung Simpang 4 Rungkup. Pemilik gerai ini Puan Fadzilah Binti Kamaruddin mempunyai minat mendalam dalam mengusahakan perniagaan menjual makanan sejak di bangku sekolah lagi. Ditubuhkan pada 12 December 2011, dengan berniaga kecil-kecilan sebelum dari itu dan barulah mula dengan serius ke fasa seterusnya.
Beroperasi seawal 7.30pagi sehingga jam 12.00 tengahari, pelbagai menu sarapan pagi dijual beserta kuih-muih. Rutin setiap hari bangun seawal 4.30pagi menyiapkan menu-menu untuk dijual kepada pelanggan. Berehat sebentar sehingga ke jam 5.00 petang, gerai tersebut beroperasi semula untuk minum petang sehingga jam 7.00petang. Berehat sebentar sehingga ke jam 5.00 petang, gerai tersebut beroperasi semula untuk minum petang sehingga jam 7.00petang. Agak memenatkan pada beliau, tapi adalah satu kepuasan padanya kerana itu adalah minatnya . Bersyukur mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa memberi sokongan terhadap perniagaannya sehingga ke hari ini.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Fadzilah sebelum ini hanya mempunyai asas penggunaan komputer. Walaubagaimanapun tahap penguasaan ICT saya masih perlu ditingkatkan dari segi promosi gerai makan. Tenaga pengajar banyak membantu memberi pendedahan teknik dan kaedah yang betul dan kreatif iaitu gabungan penggunaan aplikasi Internet dan juga perisian komputer. Ini seterusnya memudahkan saya menghasilkan pelbagai bahan promosi dan juga bermacam bentuk bahan persembahan perniagaan saya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Saya menghadiri banyak latihan dan bengkel yang dijalankan oleh tenaga pengajar P.I. banyak perkara tambahan mengenai penggunaan aplikasi komputer dan internet yang telah saya pelajari. Selain pelbagai tips penyediaan templat brosur dan risalah, saya turut mempelajari teknik pengiklanan kelompok menggunakan aplikasi Whatsapp.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- Mempelajari cara membuat brosur, risalah dan buku penerangan.
- Mempelajari teknik suntingan gambar dan video.
- Mempelajari teknik promosi di media sosial.
- Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- P.I. membantu mempromosikan produk dengan teknik persembahan teks ringkas bergambar.
- Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar pengisian maklumat dalam talian.
- Tenaga pengajar memberi kelas tambahan serta latihan praktikal ‘hands on’.