Nama Umur Usahawan Ahli |
: NURUL JANNATUL WARDAH BINTI AZMAN : 21 TAHUN : MAKANAN (BROWNIES COOKIES) : JULAI 2020 |
Latar Belakang Usahawan
Wardah memulakan minat membuat Brownies Cookies sejak Sept 2019. Gigih mencari resepi di internet dan cuba buat sampai betul-betul jadi. Masa mula-mula menghasilkan adunan banyak cabaran bila setiap adunan perlu mengikut sukatan supaya adunan yang dibakar elok cantik dan gebu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi terjadi eloknya brownies cookies itu adalah telur gred A, sukatan tepung yang tepat, tidak boleh terlebih mahupun terkurang. Berkongsi oven dengan ibunya Pn Yusma, bergilir-gilir untuk membakar biskut dan juga bahulu. Hampir berputus asa bagi mendapatkan adunan yang tepat, Cik Wardah mendapat sokongan ibu beliau untuk meneruskan hajatnya berniaga biskut.
Pernah menerima tempahan sehingga 40-50 botol dalam satu masa. Kebiasaannya tempoh bagi menyiapkan sesuatu tempahan mengambil 5-7 hari untuk siap. Hasil jualan sebulan lebih kurang RM500 bergantung kepada tempahan. Cik Wardah banyak promosikan produk Brownies Cookies di instagram memandangkan pelanggan lebih ramai di sana berbanding facebook. Ada juga kawan-kawan yang menjadi pelanggan, ada juga yang menjadi ejen untuk biskut keluaran Cik Wardah. Cik Wardah mempunyai impian di masa akan datang untuk membuka kedai dan mengembangkan lagi perniagaan Brownies Cookies ke seluruh Malaysia. Cik Wardah juga akan menyambung pembelajarannya dalam bidang Bahagian Perkhidmatan Makanan di UTHM Batu Pahat untuk menambahkan lagi ilmu yang diminatinya. Supaya apabila habis belajar, beliau boleh mempraktikkan apa yang di belajar nanti. Brownies Cookies Cik Wardah berharga RM18 terdapat 65 keping dalam satu balang. Harga yang pasti mampu milik.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Cik Wardah sebelum ini hanya mempunyai asas penggunaan komputer. Walaubagaimanapun tahap penguasaan ICT saya masih perlu ditingkatkan dari segi promosi produk. Tenaga pengajar banyak membantu memberi pendedahan teknik dan kaedah yang betul dan kreatif iaitu gabungan penggunaan aplikasi Internet dan juga perisian komputer. Ini seterusnya memudahkan saya menghasilkan pelbagai bahan promosi dan juga bermacam bentuk bahan persembahan perniagaan saya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Saya menghadiri banyak latihan dan bengkel yang dijalankan oleh tenaga pengajar P.I. banyak perkara tambahan mengenai penggunaan aplikasi komputer dan internet yang telah saya pelajari. Selain pelbagai tips penyediaan templat brosur dan risalah, saya turut mempelajari teknik pengiklanan kelompok menggunakan aplikasi Whatsapp. Wardah juga turut aktif mempromosi produk menggunakan aplikasi Instagram.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- Mempelajari cara membuat brosur, risalah dan buku penerangan.
- Mempelajari teknik suntingan gambar dan video.
- Mempelajari teknik promosi di media sosial.
- Mempelajari platform E-Dagang Kedai Online Shoppee
- Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- P.I. membantu mempromosikan produk dengan teknik persembahan teks ringkas bergambar.
- Tenaga pengajar memberi tunjuk ajar pengisian maklumat dalam talian.
- Tenaga pengajar memberi kelas tambahan serta latihan praktikal ‘hands on’.